Baru-baru ni tetiba tekak aku n mr lebah ku kroll teringin sangat nak makan nasi briyani..so lepas berhempas pulas fikir kat mana nak iftar nasi briyani ni at last kitaorg telah mencapai kata sepakat nak berbuka dekat Restoran Insaf kat Jalan TAR tu..sebabnya lepas tu leh jalan-jalan kat jalan Tar..
Lepas balik kerja kitaorang terus pergi Jalan TAR nasib baik jalan tak jem. So cepat la sampai..Bila tengok kat dalam kedai tu..fuh lega sebab tak ramai orang..so dengan rasa confident kak jah, kitaorang pun terus masuk dengan muka yang kelaparan..
Bila kat dalam, mamak tu tanya la "Brapa worang?" aku jawab 2 orang je.."Wo..suda pinuh..kalau mau juga kongsi meja sama worang lain" ha!! kongsi meja...hmm tak pe la..aku rasa tak selesa la nak kongsi meja..bukan apa nanti keras je nak borak pun malu-malu kucing meow meow...
Pastu kroll kata ada satu lagi Restoran Insaf kat hujung..ada ek..tak pernah lak aku tau..so kitaorang berlari-lari anak le ke kedai yang satu lagi tu...dan jawapan yang sama gak..Ini lah akibat tak buat tempahan awal-awal...
Sebabkan nak juga makan nasi beriani..kitaorang pun terjah la ke seberang jalan..Zamzam restaurant..yang terkenal dengan murtabak yang sedap tu...Alhamdulillah sebab pelayan tu cakap tinggal 2 je lagi tempat kosong tapi kat atas...aku ok jer kat mana pun janji dapat telan beriani aritu..
Ini la logo zamzam siap promote murtabak special gitew..apa yang special...jap lagi kita tgk ye
benda ni memang dah siap terhidang atas meja masa kitaorang sampai...hmmm dapnya
ni permandangan dalam restoran zamzam...i like design tingkap tu...nak transform tingkap rumah macam ni boleh ker..hehe..hiasan dia worldcup raya...korang tengok la ada bendera worldcup and ketupat..tak ketinggalan lampu lip lap lip lap...
nampak macam tak de orang tapi sebenarnya dah fully booked..
ni la murtabak special tu..kitaorang order murtabak daging..mmm memang terbaik lah..sampai termimpi mimpi
and main course tentu lah nasi briyani dam ayam ni..kalau tau banyak macamni baik amik sepinggan je..takde la membazir di bulan Ramadhan sambil boleh romantik2 gitew...hehee tapi yang bagusnya dia memang dah siapkan bekas kalau korang nak tapau bawa balik..
peace yo walaupun perut berdondang sayang...
selfie sambil tunggu makanan sampai
ni air kroll..bandung selasih
dan aku biasa la order air favourite..teh o ais jer
layan Kerana Terpaksa Aku Relakan...drama TV3 yang tengah meletop sekarang ni..nasib baik dia pasang tv kalau tak meleleh la air liur ku tgk air kat depan mata
wah pakcik belakang tu bukan main lagi ek..selfie sana sini
kusyuk main hp
tengok tu sampai orang amik gambar pun tak sedar...macam orang bercinta...
lepas berbuka aku n kroll pergi jalan-jalan cuci mata di jalan Tar tapi disebabkan ramai orang tukar plan ke Sogo jer...
time ni tengah fitting seluar kat uniqlo..disebabkan seluar tu terlalu labuh so aku minta la diaorang potongkan seluar...lepas dah buat measurement, sales girl tu minta aku datang lepas setengah jam...oleh kerana sebab dah tak tau nak jalan mana kitaorang keluar dari sogo sebab my mr lebah nak pergi al-ikhsan..
lebih kurang pukul 9.30 mlm kitaorg patah balik ke sogo nak ambil seluar tadi..tetiba guard tu tahan tak bagi masuk..katanya dah nak tutup..bila tunjuk resit baru dia bagi naik tu pun dia suruh kitaorg berlari...ingat sukan sekolah ke nak lari-lari ni...
dah la perut tengah penuh tak sempat nak menikmati briyani tadi dah kena gempa bumi akibat berlari...
hai la pak guard sogo jgn la garang sangat bukannya aku nak mencuri..nak ambil seluar je kot...