Wednesday, October 23, 2013

Tarik Mengkarung

Tarik Mengkarung , Simpul Biawak, Kekejangan or Muscle Cramp...actually tarik mengkarung tu bahasa org utara cm aku nie...cian biawak and mengkarung tu..xbersalah langsung dlm hal ni...hehe  Sape pernah kena? Ini cerita yang terjadi kat aku pagi2 tadi.

Tengah2 sedap tido lebih kurang pukul 5.00 pagi,time tu tengah mimpi apa nth dah tak ingat aku nak luruskan kaki tetiba adehhh kena tarik mengkarung pulak. Ya Allah masa tue rasa sakit sangat sampai nak gerak kaki apa pun tak boleh. Kaki tue kiranya tak boleh ubah dah lah kedudukan dia. 

Nak menangis n jerit je rasanya time tu ke dah meleleh air mata tapi xnak la jerit kang terkejut lak kakak aku n family dier .Nanti dia ingat pontianak mana la jerit tgh2 malam ni.Actually dulu selalu gak jadi benda ni...tapi dah lama tak kena..tetiba malam tadi dia menyerang..mungkin sebab cuaca terlau sejuk..kan hujan lebat malam tadi...Lepas kena tu aku gagahkan diri gak jalan ke toilet..buat apa? xkan nak tdo kot dlm toilet..mestilah membuang bahan perkumuhan...hahaha




nampak tak urat tu bersimpul2 tapi xnampak lak ada biawak or mengkarung kat situ...huhu



Aku cuba search dalam google pasal Tarik Mengkarung nie tapi hehe tue bahasa Kedah kan jadi carian agak terhad lah. Rupa2nya dalam bahasa saintifik dia dipanggil Kekejangan Otot (Muscle Cramps). Patutlah tak der maklumat sangat pasai tarik mengkarung.

Jadi kat sini aku nak kongsi2 sket dengan u olsss semua pasal Kekejangan Otot a.k.a Tarik Mengkarung nie.


KEJANG OTOT
 
Pada amnya, apabila kejang otot berlaku, anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang atau ketika datang haid. 


Penyebab kejang otot
  • Kelesuan otot
  • Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup (bersenam ke)
  • Kehilangan cecair badan yang banyak (ooo yang ni kot)
  • Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit
  • Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit diabetes atau masalah tiroid menyebabkan kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.
  • Mengandung (ish yang ni i tak tersenarai lagi)

Pencegahan kejang otot
  • Lebihkan meminum air dan cecair lain
  • Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.
  • Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.
  • Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutamanya sebelum tidur.


Tuesday, October 22, 2013

Wordless Wednesday..



Lets the picture talk.....


Sunday, October 20, 2013

Doa Menghilangkan Malas

Assalammualaikum..

hi semua...arini nak share satu doa unutuk menghilangkan sifat malas...cam biasa bila hari isnin je "Mr. M" akan datang melawat...doanya sangat ringkas, padat dan mudah untuk dihayati..InsyaAllah kalau usaha lebih sikit, hafal la tu..so jom kita amalkan semoga menjadi lebih rajin..hehehe


TERJEMAHAN

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.


Setiap doa ada asal usulnya..jom kita baca kisah Asbabul Nuzul doa ni...

ASBABUL NUZUL 
(Sebab-sebab penurunan)

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :

Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) dia tinggal di masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga Rasulullah s.a.w juga tahu. Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa dia bersikap begitu. Lalu, Abu Umamah pun cerita tentang betapa banyaknya hutang yang tak dapat dibayarnya sampai tak boleh nak balik dan tinggal kat rumah.. Bila dengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w merasa sungguh hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran"... Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas. 

Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siand dan malam dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya. Lepas beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan dia menjadi orang yang kaya raya...


P/S: Jom kita amalkan dengan istiqamah dan tawadhuk :)


Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidil Adha




Assalammualaikum....

Rasanya masih tak terlewat lagi untuk aku nak wish Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua yang tak jemu berkunjung ke blog aku ni...dan selamat menjalani ibadah korban pada yang terlibat..tak lupa juga doa buat mereka yang berada di Tanah Suci, moga beroleh Haji Mabrur hendakNya..insyaallah...

Akhir kata, jumpa lagi di next entry...hehehe insyaallah..


Thursday, October 10, 2013

Engagement day- final episode


Assalammualaikum readers..disebabkan kisah pertunangan aku ni dah nak basi so kena cepat2 la update blog pasal e-day ni kan..hehhe..ok jom kita review...

Tanggal 29 June 2013..secara sahnya aku dh menjadi tunangan En. Lebah ku atau nama sebenarnya Khairul Firdaus Bin Khamis..Alhamdulillah..setelah menempuk banyak dugaan dan cabaran hidup..akhirnya Allah S.W.T. makbulkan doa kami berdua...Hari tu aku lah insan yang sangat bahagia..(ayat cliche kan)..

make up time
tido jap lah
dah siap..ni la peneman dlm bilik ..tq cona n atikah

ketibaan pihak lelaki

sesi perbincangan..pantun memantun ..hehe xde la

berbincang lagi
ok dah kena kuar..muka time ni dah xde darah..menggigil satu bdn

cover nervous..kalao gmbr ni leh gerak mesti nmpk bunga tu shaking

sarung cincin risik dulu..ni mak long en lebah
sarung cincin tunang lak..ni la bakal my m.i.l...pastu ada acara suap gula 

yeay!!! dah bertunang
inilah my fiancee
zoom sikit


hot couple

suka kan muka dua2 org nie


malu2 kucing siam

dah xmalu..hehe

lawa tak hand bouquet i..fresh flower..hydranger n rose..pastu ada lak diamond..kredit to my sis

officially booked

credit to photographer

pop cake

rainbow cake
cup cake
dip apple
kek durian

ni cuma sebahagian dari hantaran i
cousins
cousins and sister en lebah
my family
sisters n fiancee
mak n mak cik fiancee


my siblings
my nephew..ammar

sugar town by my niece..tq fatin


disebabkan rumah i dkt dgn taman tasik taiping yang indah ni ..so selepas selesai majlis kitaorg gi sini utk ambil gambar...
yang tukang sambut kbykannya mak budak..hmm cmner tu

berangan ada dlm cite hindustan jap

Add caption
pak cik i pun join sekali..sporting kan..




bila dah penat..cmni la jadinya



Ok la sampai di sini sahaja cerita e-day aku..kalau nak cerita suma berepisod2 la jawabnya n korang pun naik bosan nak baca..huhuhu...