hi semua...arini nak share satu doa unutuk menghilangkan sifat malas...cam biasa bila hari isnin je "Mr. M" akan datang melawat...doanya sangat ringkas, padat dan mudah untuk dihayati..InsyaAllah kalau usaha lebih sikit, hafal la tu..so jom kita amalkan semoga menjadi lebih rajin..hehehe
TERJEMAHAN
Allahumma inni a'uudzubika minal
hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya
aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.
Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal
kasal.
Dan aku berlindung kepada-Mu dari
lemah kemahuan dan malas.
Wa a'uudzubika minal jubni wal
bukhl.
Dan aku berlindung kepada-Mu
daripada sifat penakut dan kedekut.
Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini
wa qohrirrijaal.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada
tekanan hutang dan kezaliman manusia.
Setiap doa ada asal usulnya..jom kita baca kisah Asbabul Nuzul doa ni...
ASBABUL NUZUL
(Sebab-sebab penurunan)
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :
Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang bernama
Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) dia tinggal di
masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga
Rasulullah s.a.w juga tahu. Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa
dia bersikap begitu. Lalu, Abu Umamah pun cerita tentang betapa banyaknya
hutang yang tak dapat dibayarnya sampai tak boleh nak balik dan tinggal kat
rumah.. Bila dengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w merasa sungguh
hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan
baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu
kelonggaran"... Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas.
Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat
yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siand dan malam dengan penuh yakin
bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya. Lepas beberapa hari, kesedihan
dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali
dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi
usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya
dan dia menjadi orang yang kaya raya...
P/S: Jom kita amalkan dengan
istiqamah dan tawadhuk :)
No comments :
Post a Comment