Monday, March 24, 2014

Sebab Berkahwin


Assalammualaikum readers...

Kamu berkahwin kerana apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.



Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….



selamat beramal ^_____^ semoga rumahtangga di berkati Ilahi..

Tuesday, March 18, 2014

Love Is U & ME



Assalammualaikum semua...

sory la sekarang ni tak berkesempatan lagi nk update pasal kahwin..sibuk menguruskan hal-hal lain..hehe macam sibuk sgt kan...so untuk tak mengecewakan kawan-kawan semua, korang layan la dulu video kat bawah ni ye...nanti lyn akan update pasal wedding bila semua bahan-bahan dan gambar-gambar dah dihimpunkan ok...




majlis di rumah pengantin perempuan



majlis bertandang


credit to

 Akmazahari Weddingdesign N TEAM






Sunday, March 2, 2014

Lama tak update blog


assalammualaikum semua...

apakhabar??? lama yer tak update blog...ada sape2 sini yang rindukan cik yukiko ni..hehehe..maaf la lama tak update blog sebab sibuk dengan kehidupan baru...sibuk dengan status baru...huhu...Baru sekarang sempat..insyaallah kalau ada masa lynn akan selalu la update blog kesayangan ni...banyak benda nak cerita sebenarnya tapi tak kesempatan lagi...

so sape2 yang rindukan lynn..bolehla layan gambar2 kat bawah ni dulu ok...#matakeatastangankebahu....

gambar ni masa bercuti kat melaka uma atok my hubby...lepak tepi jeti

ni pun kat melaka...umbai medan ikan bakar

dalam keta sebab byk barang terpaksa duduk belakang

selfie berjemaah

selfie lagi tapi dalam tasik yang kemarau

kat JPO
masa big day last year...nanti lynn update entry lain pasal wedding tempoh hari ok...

ok la sampai disini sahaja..jumpa lagi

Tuesday, November 26, 2013

Misteri Lubuk Timah di Perak

salam readers..

Ingat tak lagi entry lepas yang aku cerita pasal tasik cermin kat sini...ada dikalangan kawan-kawan aku dari perak yang tak tau juga pasal kewujudan tempat ni..ingatkan aku sorang je yang tak tau..hehe..ada juga yang bagitau aku tempat ni berdekatan dengan Lubuk Timah..haaaa???? Lubuk Timah? apa tu? lombong bijih timah ke? so i pun tanya la kat Mr.Google

Oooo rupa-rupanya Lubuk Timah ni kawasan air terjun n kolam air panas..ni pun aku tak pernah tau pasal kewujudan tempat ni..ye la siapa sangka di sebalik bukit kuari tu wujudnya tempat-tempat yang cantik macam tasik cermin dan lubuk timah ni..tapi kenapa aku letak tajuk misteri lubuk timah? sebab dari cerita yang aku dengar, ramai yang terkorban kat tempat ni..tapi pihak berkuasa tempatan takkan tutup tempat ni tapi cuba nak bangunkan...

so disebabkan aku pun tak pernah jejak kat tempat ni..memang le kalau pasal kewujudannya pun aku xtau..hehehe..so aku nak kongsi sikit info dengan uolss kat luar sana yang senasib dengan aku..

Lubuk Timah ni adalah kawasan air terjun dan kolam air panas yang terletak kat Simpang Pulai, Perak..kalo uolss nak ke Cameron Highlands melalui simpang pulai, uolss akan nampak signboard lubuk timah ni sebelah kiri..tapi dari info yang aku dapat korang kena alert sikit ler sebab tak semua orang bernasib baik tuk nampak signboard ke sini..jeng jeng jeng...ye la mana nak nmpak sebab korang tengah sibuk menikmati keindahan bukit kuari di sepanjang jalan tu...


signboard tepi jalan ke cameron highlands..ni la yang dikatakan kalau bernasib baik jumpa la signboard ni...hehehe




inilah jalan masuk ke kawasan lubuk timah..yang pondok putih tu tempat bayar parking..


keadaan kemudahan awam yang dah usang dan tak dijaga


inilah kolam air panas lubuk timah..satu kolam tu ditutup dengan jaring supaya tak ada yang berendam dalam kolam tu sebab air dia boleh buat melecur badan uolss


keindahan kolam air panas ni..air dia nampak jernih sgt kan dan seolah2 bercantum dengan sungai sekeliling...teruja


kolam air panas ni takde la besar sgt boleh muat beberapa orang je


n inilah gambar air terjun lubuk timah...sangat la cantik


kat atas tu macam sebuah empangan kan..mungkin ada yang terjun dari atas kot tu yang ramai je yang terkorban kat kawasan ni







subhanallah cantik sangat kan..bertingkat-tingkat






ok sampai disini saja info aku kali ni..nanti kalau aku dah jejak tempat ni aku kongsi pengalaman n gambar-gambar aku lak ok..hahaha


love,
Y.U.K.I.K.O san

Thursday, November 21, 2013

Mysterious Hidden Lake @ Tasik Cermin

Assalammualaikum readers..

Korang pernah dgr tak pasal Hidden Lake atau nama lainnya Tasik Cermin..especially meke nak tanya dgn orang-orang Perak...Kome pernah dengar or pernah sampai tak tempat ni..even aku ni orang perak pun aku tak tau tentang kewujudan tempat yang indah ini..

Kebetulan semalam search tempat-tempat menarik untuk dilawati..tetiba terbaca satu blog ni mengenai Tasik Cermin ni..terus jatuh cinta n rasa nak ke sana..Lokasi yang strategik kerana berhampiran dengan Bandaraya Ipoh dan berhampiran dengan Plaza Tol Simpang Pulai.area Gunung Rapat..ada sesape berani nak follow? Tempat ni terletak di dalam kawasan bukit batu kapur (dikelilingi bukit sepenuhnya)... sungguh cantik. Untuk ke tasik ...perlu melalui terowong buatan sepanjang lebih kurang 50m.

tempat ni agak menyeramkan sikit tapi disebalik gua tu sape yang sangka ada tasik yang sangat cantik..tapi kalau nak pergi tempat ni lebih baik pergi ramai-ramai kan..ada yang kata terowong ni di buat oleh tauke kuari berkenaan..

dari info yang aku dapat tempat tu terletak di belakang kawasan kuari ni
ni la pintu masuk ke tasik cermin tu

sebab tu la tasik ni digelar hidden lake..memang tersembunyi pun
ini terowong yang aku cakapkan tadi..jangan lupa bawa torchlight ok

dah sampai di penghujung terowong

tenang dan damai je kan
teruja tak..teruja tak.. ke aku sorang je yg teruja lebih..

tengok bayang-bayang dalam tasik tu..patut la digelar Tasik Cermin

subhanallah..

tengok diaorang ni siap  naik bot lagi... memantau kawasan


so lepas ni kalau ada sesape yang berminat nak pergi tempat ni jangan lupa ajak aku ok...

love,
Y.U.K.I.K.O san

Wednesday, November 20, 2013

DIY Tag Sticker

Semakin dekat hari, perasaan hati ni semakin berdebar-debar. Tentu semua B2B akan merasa yang sama bukan. Terus terang, makin dekat nak kahwin nie, perasaan hati semakin berkecamuk. Minta Allah SWT beri ketenangan pada diri. Aamiin…. Ok ok..tamau touching2 yer… :’) Ini kan namanya proses hidup..harus berani menempuh perubahan… semua orang akan merasainya jugak kan. 
Sekarang aku nak story sikit pasal persiapan kahwin. Boleh dikatakan lega sikit sebab banyak benda yang hampir settle. Alhamdulillah. Cepatlah hari tue tiba..tak sabar nak tarik nafas lega selega-leganya. 
Terus terang saya tak malu orang nak label diri aku sebagai Pengantin Bajet...sebab semua benda nak buat sendiri..janji aku puas hati sebab wedding ni sekali je seumur hidup cik oi.. Oleh itu, memang banyak benda yang aku DIY sendiri dibantu oleh kroll. Antaranya diy tag sticker, diy centerpiece, diy penunjuk arah dan diy bunga manggar. 
       Ok layan dulu gambar DIY Tag Sticker untuk rumah aku n rumah my other  
       half..next entry aku akan tunjuk gambar untuk DIY-DIY yang lain pula ok... 


sticker untuk door gift rumah aku ler

muka terkejut diterjah paparazi..haha (tp tetap encem..huhu)




buat kerja dgn muka yg serius

baru nak senyum..

i pun nak posing juga..

ni sticker untuk gift rumah pihak lelaki






Tuesday, November 19, 2013

KASI POTONG!!!!!!

Assalammmualaikum readers..

Cuti sekolah memang cukup sinonim dengan majlis berkhatan.Lebih lebih lagi cuti sekolah akhir tahun.Sabtu lepas iaitu pada 16 November 2013, aku  mengikut kakak n abg ipar ke Masjid Negara bagi menghadiri majlis berkhatan anak buah aku Adib Farhan n Ammar Fahim.Menurut my sis bomba akan datang bagi memeriahkan majlis berkhatan.Di minda sudah berlegar legar bayangan gambar apabila kanak kanak disembur dengan air hos bomba itu.Tanpa berfikir panjang terus bersetuju dengan ajakan my sis...bila lagi nak cari pengalaman macamni....Majlis bermula kira kira lapan pagi..


Berkhatan dengan menggunakan kaedah smartklamp...bkn cm clamp kereta tu ok..hahaha...smartklamp ni tak perlu jahit mcm org dulu2...


inilah alat yang digunakan dalam kaedah smartklamp ni...

bergambar dulu sebelum mendaftar...


sebelum mendaftar semak nama n kumpulan dulu...
bunga telur untuk budak2

lepak-lepak sebelum acara bermula

 masih mampu tersenyum walaupun dlm hati dup dap dup dap
bersiap sedia untuk perarakan


pasukan kompang pun dh standby

masing-masing muka ketat je

 berarak sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

 lebih kurang 200 budak-budak 
 pihak media dari RTM dan TV AlHijrah
bergambar beramai-ramai sebelum acara kemuncak..hehehe..
semua berkumpul utk acara perasmian...tgk tu berderat bunga telur berwarna-warni..
sementara tunggu nama dipanggil layan bola kampung dulu

tiba masanya....

Apa yang dinantikan telah tiba.Jeritan,pekikan,teriakan anak anak yang disunat memenuhi seluruh perkarangan masjid.

salin kain pelikat dulu..tgk tu abang dah menangis 
sesi pujuk memujuk
berjaya dipujuk tapi still nangis



bersiap sedia untuk 'dipotong'
adik pun dah start menangis sebab dgr bdk2 lain menjerit-jerit

standby...

gelagat di sekitar tempat berkhatan..comel je kan ayah dia tgh memujuk anaknya yang dh menangis2 nak balik
ok dh boleh senyum sbb dh settle
alhamdulillah selesai...
 ok bye nak balik dh ...adik ni manja lebih sampai nak berdukung-dukung..hhehehe




 love,
Y.U.K.I.K.O san