Sunday, July 13, 2014

Beriani Oh Briyani !!!!

Baru-baru ni tetiba tekak aku n mr lebah ku kroll teringin sangat nak makan nasi briyani..so lepas berhempas pulas fikir kat mana nak iftar nasi briyani ni at last kitaorg telah mencapai kata sepakat nak berbuka dekat Restoran Insaf kat Jalan TAR tu..sebabnya lepas tu leh jalan-jalan kat jalan Tar..

Lepas balik kerja kitaorang terus pergi Jalan TAR nasib baik jalan tak jem. So cepat la sampai..Bila tengok kat dalam kedai tu..fuh lega sebab tak ramai orang..so dengan rasa confident kak jah, kitaorang pun terus masuk dengan muka yang kelaparan..

Bila kat dalam, mamak tu tanya la "Brapa worang?" aku jawab 2 orang je.."Wo..suda pinuh..kalau mau juga kongsi meja sama worang lain" ha!! kongsi meja...hmm tak pe la..aku rasa tak selesa la nak kongsi meja..bukan apa nanti keras je nak borak pun malu-malu kucing meow meow...

Pastu kroll kata ada satu lagi Restoran Insaf kat hujung..ada ek..tak pernah lak aku tau..so kitaorang berlari-lari anak le ke kedai yang satu lagi tu...dan jawapan yang sama gak..Ini lah akibat tak buat tempahan awal-awal...

Sebabkan nak juga makan nasi beriani..kitaorang pun terjah la ke seberang jalan..Zamzam restaurant..yang terkenal dengan murtabak yang sedap tu...Alhamdulillah sebab pelayan tu cakap tinggal 2 je lagi tempat kosong tapi kat atas...aku ok jer kat mana pun janji dapat telan beriani aritu..


Ini la logo zamzam siap promote murtabak special gitew..apa yang special...jap lagi kita tgk ye


benda ni memang dah siap terhidang atas meja masa kitaorang sampai...hmmm dapnya



ni permandangan dalam restoran zamzam...i like design tingkap tu...nak transform tingkap rumah macam ni boleh ker..hehe..hiasan dia worldcup raya...korang tengok la ada bendera worldcup and ketupat..tak ketinggalan lampu lip lap lip lap...

nampak macam tak de orang tapi sebenarnya dah fully booked..





ni la murtabak special tu..kitaorang order murtabak daging..mmm memang terbaik lah..sampai termimpi mimpi



and main course tentu lah nasi briyani dam ayam ni..kalau tau banyak macamni baik amik sepinggan je..takde la membazir di bulan Ramadhan sambil boleh romantik2 gitew...hehee tapi yang bagusnya dia memang dah siapkan bekas kalau korang nak tapau bawa balik..



peace yo walaupun perut berdondang sayang...


selfie sambil tunggu makanan sampai


ni air kroll..bandung selasih


dan aku biasa la order air favourite..teh o ais jer



layan Kerana Terpaksa Aku Relakan...drama TV3 yang tengah meletop sekarang ni..nasib baik dia pasang tv kalau tak meleleh la air liur ku tgk air kat depan mata


wah pakcik belakang tu bukan main lagi ek..selfie sana sini


kusyuk main hp


tengok tu sampai orang amik gambar pun tak sedar...macam orang bercinta...

lepas berbuka aku n kroll pergi jalan-jalan cuci mata di jalan Tar tapi disebabkan ramai orang tukar plan ke Sogo jer...


time ni tengah fitting seluar kat uniqlo..disebabkan seluar tu terlalu labuh so aku minta la diaorang potongkan seluar...lepas dah buat measurement, sales girl tu minta aku datang lepas setengah jam...oleh kerana sebab dah tak tau nak jalan mana kitaorang keluar dari sogo sebab my mr lebah nak pergi al-ikhsan..

lebih kurang pukul 9.30 mlm kitaorg patah balik ke sogo nak ambil seluar tadi..tetiba guard tu tahan tak bagi masuk..katanya dah nak tutup..bila tunjuk resit baru dia bagi naik tu pun dia suruh kitaorg berlari...ingat sukan sekolah ke nak lari-lari ni...

dah la perut tengah penuh tak sempat nak menikmati briyani tadi dah kena gempa bumi akibat berlari...

hai la pak guard sogo jgn la garang sangat bukannya aku nak mencuri..nak ambil seluar je kot...



Sunday, June 29, 2014

Ramadhan kembali








It's that time of the year again... Ramadhan is here! Let's do good, strengthen our faith, seek forgiveness, give more charity, and trying to be a better person all together! (hamboi kau tetiba slang omputih lak..hehe)

so camne dengan ramadhan korang tahun ni..share la sikit...

rasa macam cepat betul masa berlalu...tahun lepas punya ramadhan, aku pegang title tunangan orang tapi tahun ni dah tukar title jadi isteri orang dah..so tahun ni agak mencabar sikit la sebab kena berdikari lebih walaupun sebelum-sebelum ni pun kena berdikari gak...cuma tahun ni lebih sikit..sebabnya kena bangun masak sendiri yer...tapi disebabkan kitaorang berdua je..masak simple2 je pun dah sedap..tul tak???

apa yang aku melalut ni...sebenarnya entry kali ni nak wish ramadhan kat korang semua..

rasanya masih belum terlambat kan nak wish korang semua salam ramadhan...hope you guys are having a great Ramadhan this year and I hope the fasts will teach you patience and bring you and your family together. May Allah Bring us Joy and Happiness, inshaallah..

Stay tune for more updates...

                                                             princessyukiko


Monday, March 24, 2014

Sebab Berkahwin


Assalammualaikum readers...

Kamu berkahwin kerana apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.



Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….



selamat beramal ^_____^ semoga rumahtangga di berkati Ilahi..

Tuesday, March 18, 2014

Love Is U & ME



Assalammualaikum semua...

sory la sekarang ni tak berkesempatan lagi nk update pasal kahwin..sibuk menguruskan hal-hal lain..hehe macam sibuk sgt kan...so untuk tak mengecewakan kawan-kawan semua, korang layan la dulu video kat bawah ni ye...nanti lyn akan update pasal wedding bila semua bahan-bahan dan gambar-gambar dah dihimpunkan ok...




majlis di rumah pengantin perempuan



majlis bertandang


credit to

 Akmazahari Weddingdesign N TEAM






Sunday, March 2, 2014

Lama tak update blog


assalammualaikum semua...

apakhabar??? lama yer tak update blog...ada sape2 sini yang rindukan cik yukiko ni..hehehe..maaf la lama tak update blog sebab sibuk dengan kehidupan baru...sibuk dengan status baru...huhu...Baru sekarang sempat..insyaallah kalau ada masa lynn akan selalu la update blog kesayangan ni...banyak benda nak cerita sebenarnya tapi tak kesempatan lagi...

so sape2 yang rindukan lynn..bolehla layan gambar2 kat bawah ni dulu ok...#matakeatastangankebahu....

gambar ni masa bercuti kat melaka uma atok my hubby...lepak tepi jeti

ni pun kat melaka...umbai medan ikan bakar

dalam keta sebab byk barang terpaksa duduk belakang

selfie berjemaah

selfie lagi tapi dalam tasik yang kemarau

kat JPO
masa big day last year...nanti lynn update entry lain pasal wedding tempoh hari ok...

ok la sampai disini sahaja..jumpa lagi