Tuesday, July 31, 2012

tipah tertipu...

Hi uols...korang pernah dengar or pernah tak dapat e-mail tentang sungai jagong di kedah...i dah pernah tanya kawan-kawan yang asal n anak jati kedah pasal sungai jagong ni...diaorg kata nama sungai jagong tu memang ada kat sungai petani rasanya tapi ayaq teghejun tu macam yang digembar gembur tu xdak (*ayaq teghejun = air terjun...slang utara tu..hehehe)..

Hmm terpikir gak kalau air terjun tu ada kat kedah mesti dah famous tempat tu n dah jadi destinasi pelancongan terkenal di malaysia ni...auta..auta..sebenarnya gambar air terjun tu bukan kat kedah tapi waterfalls nie wujud di Croatia ..nama tempatnya plitvice lakes national park..salah satu warisan dunia yg diiktiraf UNESCO

sebenarnya dah lama aku jatuh cinta dgn tempat ni n bercita-cita nak pergi sana..so banyak kali juga la aku google pasal tempat ni n cara nak pergi sana sbb ingatkan kat kedah...hampagas tul la...tapi takpe insyaallanh suatu hari nanti aku akan sampai juga kat sini....








subhanallah..cantik gler kan...so apa lagi jom survey tiket flight g sana..if dah jumpa tiket murah, roger2 la i..huhuhu
                                    
                                                                     love,
                                                                yukiko san


Wednesday, July 25, 2012

Beauty And The Beast


KalO perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman
Kalo perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...


Kalo pompuan cantik buat jahat
Laki akn kata: mst ada krisis nih..kesiannyer.
Kalo pompuan x cantik buat jahat
Laki akn kata: dah la xlawa,perangai lak mcm sial!!


Kalo pompuan cantik tolong lelaki yg susah
Laki akn kata: wow!heroin sejati...
Kalo pompuan xcantik tolong lelaki yg susah
Laki akan kata: hmm.taktik nk ngorat la tu...


Kalo pompuan cantik dpt laki handsome
Laki akn kata: ok la...bagai pinang d belah 2.
Kalo pompuan xcantik dpt laki handsome
Laki akn kata: kesian..mst dah kena bomoh lelaki tu..


Kalo pompuan cantik d tggl kekasih
Laki akn kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalo pompuan xcantik d tggl kekasih
Laki akn kata: patut pon kena reject


Kalo pompuan cantik bawa BMW
Laki akn kata: ntah dato' mana bela ni
KalO pompuan xcantik bawa BMW
Laki akn kata: mesti anak org kaya ni

Kalo pompuan cantik tuang air ke gelas laki
Laki akn kata: wah.caringnyer.
Kalo pompuan xcantik tuang air ke gelas laki
Laki akn kata: eleh,gedik la tu


Kalo pompuan cantik sedih hati
Laki akn kata: don't worry,i'll make u happy forever
Kalo pompuan xcantik sedih hati
Laki akn kata: ckit2 nangis!!gembeng tol.ngade2 la


Kalo pompuan cantik pandai masak
Laki akn kata: dah la lawa,pandai masak plak tu
Kalo pompuan xcantik pandai masak
Laki akn kata: ntah sedap ke tak tu



tul tak benda ni seringkali terjadi dkt masyarat sekeliling kita n kadang2 tanpa kita sedari kita pun akan menilai org cmtu...kalo yang cantik tu sumanya perfect walaupun dia melakukan keburukan n buruk tetap nmpk buruk walaupun melakukan perkara yang baik...haish!!!

so, renung-renungkan dan selamat beramal..

                                                        love, 
                                                    yukiko san

Tuesday, July 24, 2012

mY nEw LiFe


There’s a new story in my life, that is the focus to cover ‘aurat’, alias wear hijab.
Many have asked classic questions like “i can’t believes u wear hijab?”, “Can be anything you wear hijab?” 
Errrr…little bit angry to hear that…but one that I hold the key when undergoing this new story,
Which is “learning”, rather than waiting guidance on, why do not we pick that clue up by learning to wear the hijab. After all, if just to talk “is important to hijab the heart, but veiled rather than the behavior is not” it’s sooo easy !
Instead of just talking, hopefully I learn to hijab the heart and my behavior by wearing the hijab. Alhamdulillah i have the full support from my friends and family. Bismillah … before and after this sighting, ping!!!

SeBeLuM - xpyh seyes sgt muka tu

SeLePaS - bole pun senyum
# pedulikan lokasi bergambar...walaupun tempat yang sama..hehehe

C.I.N.t.A



Arini rasa cm nak story ckit 'bout Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan & Waktu. To be frank, I love this story since I first reading it. I was a elementary schooler when I first learnt this story. Cerita ni dah lama and I thought maybe most of you dah tahu cerita ni.








Ada sebuah kisah.... kisah ini mengenai Cinta, Kekayaan, Kecantikan dan Kegembiraan yang tinggal di sebuah pulau. Pada suatu hari, tsunami dikhabarkan akan melanda secara tiba-tiba. Kesemua mereka meninggalkan pulau tersebut dengan perahu masing-masing. Tetapi, Cinta tidak dapat menyelamatkan dirinya kerana hanya Cinta yang tidak ada perahu. Cinta meminta bantuan daripada Kekayaan, Kecantikan dan Kegembiraan.

Cinta : Kekayaan, selamatkanlah aku...
Kekayaan : Maaf, perahuku sudah penuh dengan harta benda dunia.
Cinta : Kecantikan, selamatkanlah aku...
Kecantikan : Maaf, perahuku terlalu cantik untuk dinaiki oleh orang seperti kamu.
Cinta : Kegembiraan, selamatkanlah aku...

Akan tetapi, Kegembiraan terlalu gembira kerana dia berjaya menyelamatkan dirinya sehingga dia terlupa akan keadaan Cinta. Maka, Cinta menanti di tepi pantai seorang diri sedangkan tsunami sudah hampir tiba. Kemudian, muncul seorang Lelaki Tua dengan perahunya yang usang.

Lelaki Tua : Marilah naik bersamaku, akan kubawa kamu ke tempat yang selamat.

Meskipun Cinta ragu-ragu akan pelawaan Lelaki Tua itu, Cinta tetap naik. Akhirnya, dia selamat tiba di sebuah pulau baharu. Kemudian, Lelaki Tua itu beredar sebelum sempat memperkenalkan dirinya kepada Cinta. Maka, Cinta bertanya kepada penduduk asal di pulau baharu itu.

Cinta : Siapa dan mengapakah dia menyelamatkanku?
Penduduk Kampung : Dialah Waktu. Dia menyelamatkanmu kerana sesungguhnya hanya Waktu yang dapat mengerti harga sebuah Cinta.

Best kan cerita ni...so hargailah waktu dlm bercinta...heheh


Sunday, July 22, 2012

Seandainya engkau tahu...



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, July 19, 2012

PiNk..pInK...PiNk

hey semua...arini tetiba terlintas kat kepala otak ni nak ckp pasal pink la pulak..sememangnya aku ni penggemar pink..tapi ntah le since bila tetiba terminat colour nie..sebab dulu2 takde la taksub sgt dgn kaler ni..asalnya minat kaler putih..setiap kali beli baju mesti amik kaler putih..hehe..suci le kononnya...

tapi yang bestnya my en.lebah sentiasa bagi support kat aku..brg2 yang dia bagi pun kebanyakannya warna pink..my favourite colour...hehe.tima kasih en.lebah..so skrg dah berangan2 kononnya nanti bila dah ada rumah sendiri nak buat decoration guna colour pink...tapi agak2nya en lebah setuju tak...hehehe

ni la yg aku angan2kan...jgn gelakkan tao..xbaik.babap kang...


rumah impian..chomel sgt
bEdRooM aku..cantik kan lembut je mata memandang...#ada ke ayat lembut mata memandang...pastu ada karpet berbulu... 
dapur gas rumah aku...ko ader kaler pink cmni...hahaha..mana nak dapat ek
siap dgn cabinet lg kaler pink...wow!!! meroyan jap
peti ais pink...cute kan



sofa pink
bathroom

HARAP2 TERCAPAI LA ANGAN2 AKU NI KAN..DOAKAN YE KWN2...
#perlu ke buat kenyataan cmnie..hahahaha

love,
yukiko san

Ramadhan Kembali Lagi


Assalamualaikum,
Salam buat semua. Pejam celik, 2hari lagi kita umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah, sekali lagi kita sempat bertemu dengannya. Bayangkan kalau kita tidak sempat menemui kekasih yang satu ni, cuba bayangkan..
Apa pun, semoga Ramadhan atau bulan puasa ini kita sambut dengan sebaiknya. Jangan pula ada yang ambil langkah singkat dengan pelbagai alasan untuk tidak berpuasa.. Sedangkan wanita hamil boleh berpuasa, apatah lagi yang sihat lagi segar bugar.. Dan jangan pula jadikan kerja sebagai alasan, kecuali jika benar-benar ada kemudaratan lain..
Okay, kalau sebut pasal puasa, mana satu yang cukup sinonim dalam fikiran korang? Jom tengok kalau ada yang sama atau hampir sama dengan fikiran masing-masing..
DUIT – Bila puasa, dua perkara je, satu lagi banyak duit habis sebab membeli 
belah
 makanan di pasar menjual makanan berbuka atau lebih jimat sebab berbuka dengan kadar sederhana. Mana satu kategori korang?
BAJU RAYA – Orang kita, bila cakap puasa ni, ingat nak raya je.. Tak semua la kan.. Kadang-kadang tu belum puasa lagi dah ada promosi bagai, semua ni sebab nak beraya. Bukan setakat baju raju, silap-silap satu rumah nak beraya, perabot baru, langsir baru, macam-macam baru la..
DUIT RAYA – Ni pun satu sebab lagi, yang dah kerja nak fikir duit raya untuk anak-anak, anak buah dan sebagainya. Silap hari bulan, nak tukar duit raya kat bank pun dah habis.. Tapi kalau niat untuk bersedekah dan tidak menunjuk-nunjuk, tiada masalah. Jangan fikir nak kutip duit raya bagi pihak anak-anak cukuplah..
GASTRIK – Kalau dulu hari-hari biasa, takde pun istilah gastrik walau pun makan tak tentu jadual. Tapi bila time puasa je, ada je masalah menimpa. Jangan jadikan alasan. Ingat ini mungkin puasa terakhir kita…
MENU BERBUKA DAN BERSAHUR – Suri rumah terutamanya paling sibuk akan perkara ini. Kadang-kadang lepas berbuka hari ni, dah tanya suami nak berbuka apa ek esok? Jangan risau, selalunya di bulan puasa inilah kita mampu mendidik perut supaya bersederhana dalam pemakanan.Bukankah itu manfaat buat kita.
Apapun semoga yang baik-baik je berlaku pada kita pada bulan puasa ni..n yang penting puasa penuh..hehehe

                                                                              love, 
                                                                          yukiko san