Tuesday, July 24, 2012

C.I.N.t.A



Arini rasa cm nak story ckit 'bout Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan & Waktu. To be frank, I love this story since I first reading it. I was a elementary schooler when I first learnt this story. Cerita ni dah lama and I thought maybe most of you dah tahu cerita ni.








Ada sebuah kisah.... kisah ini mengenai Cinta, Kekayaan, Kecantikan dan Kegembiraan yang tinggal di sebuah pulau. Pada suatu hari, tsunami dikhabarkan akan melanda secara tiba-tiba. Kesemua mereka meninggalkan pulau tersebut dengan perahu masing-masing. Tetapi, Cinta tidak dapat menyelamatkan dirinya kerana hanya Cinta yang tidak ada perahu. Cinta meminta bantuan daripada Kekayaan, Kecantikan dan Kegembiraan.

Cinta : Kekayaan, selamatkanlah aku...
Kekayaan : Maaf, perahuku sudah penuh dengan harta benda dunia.
Cinta : Kecantikan, selamatkanlah aku...
Kecantikan : Maaf, perahuku terlalu cantik untuk dinaiki oleh orang seperti kamu.
Cinta : Kegembiraan, selamatkanlah aku...

Akan tetapi, Kegembiraan terlalu gembira kerana dia berjaya menyelamatkan dirinya sehingga dia terlupa akan keadaan Cinta. Maka, Cinta menanti di tepi pantai seorang diri sedangkan tsunami sudah hampir tiba. Kemudian, muncul seorang Lelaki Tua dengan perahunya yang usang.

Lelaki Tua : Marilah naik bersamaku, akan kubawa kamu ke tempat yang selamat.

Meskipun Cinta ragu-ragu akan pelawaan Lelaki Tua itu, Cinta tetap naik. Akhirnya, dia selamat tiba di sebuah pulau baharu. Kemudian, Lelaki Tua itu beredar sebelum sempat memperkenalkan dirinya kepada Cinta. Maka, Cinta bertanya kepada penduduk asal di pulau baharu itu.

Cinta : Siapa dan mengapakah dia menyelamatkanku?
Penduduk Kampung : Dialah Waktu. Dia menyelamatkanmu kerana sesungguhnya hanya Waktu yang dapat mengerti harga sebuah Cinta.

Best kan cerita ni...so hargailah waktu dlm bercinta...heheh


No comments :

Post a Comment