Hi uols...korang pernah dengar or pernah tak dapat e-mail tentang sungai jagong di kedah...i dah pernah tanya kawan-kawan yang asal n anak jati kedah pasal sungai jagong ni...diaorg kata nama sungai jagong tu memang ada kat sungai petani rasanya tapi ayaq teghejun tu macam yang digembar gembur tu xdak (*ayaq teghejun = air terjun...slang utara tu..hehehe)..
Hmm terpikir gak kalau air terjun tu ada kat kedah mesti dah famous tempat tu n dah jadi destinasi pelancongan terkenal di malaysia ni...auta..auta..sebenarnya gambar air terjun tu bukan kat kedah tapi waterfalls nie wujud di Croatia ..nama tempatnya plitvice lakes national park..salah satu warisan dunia yg diiktiraf UNESCO
sebenarnya dah lama aku jatuh cinta dgn tempat ni n bercita-cita nak pergi sana..so banyak kali juga la aku google pasal tempat ni n cara nak pergi sana sbb ingatkan kat kedah...hampagas tul la...tapi takpe insyaallanh suatu hari nanti aku akan sampai juga kat sini....
subhanallah..cantik gler kan...so apa lagi jom survey tiket flight g sana..if dah jumpa tiket murah, roger2 la i..huhuhu
love,
yukiko san
Tuesday, July 31, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Beauty And The Beast
KalO perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman
Kalo perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...
Kalo pompuan cantik buat jahat
Laki akn kata: mst ada krisis nih..kesiannyer.
Kalo pompuan x cantik buat jahat
Laki akn kata: dah la xlawa,perangai lak mcm sial!!
Kalo pompuan cantik tolong lelaki yg susah
Laki akn kata: wow!heroin sejati...
Kalo pompuan xcantik tolong lelaki yg susah
Laki akan kata: hmm.taktik nk ngorat la tu...
Kalo pompuan cantik dpt laki handsome
Laki akn kata: ok la...bagai pinang d belah 2.
Kalo pompuan xcantik dpt laki handsome
Laki akn kata: kesian..mst dah kena bomoh lelaki tu..
Kalo pompuan cantik d tggl kekasih
Laki akn kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalo pompuan xcantik d tggl kekasih
Laki akn kata: patut pon kena reject
Kalo pompuan cantik bawa BMW
Laki akn kata: ntah dato' mana bela ni
KalO pompuan xcantik bawa BMW
Laki akn kata: mesti anak org kaya ni
Kalo pompuan cantik tuang air ke gelas laki
Laki akn kata: wah.caringnyer.
Kalo pompuan xcantik tuang air ke gelas laki
Laki akn kata: eleh,gedik la tu
Kalo pompuan cantik sedih hati
Laki akn kata: don't worry,i'll make u happy forever
Kalo pompuan xcantik sedih hati
Laki akn kata: ckit2 nangis!!gembeng tol.ngade2 la
Kalo pompuan cantik pandai masak
Laki akn kata: dah la lawa,pandai masak plak tu
Kalo pompuan xcantik pandai masak
Laki akn kata: ntah sedap ke tak tu
tul tak benda ni seringkali terjadi dkt masyarat sekeliling kita n kadang2 tanpa kita sedari kita pun akan menilai org cmtu...kalo yang cantik tu sumanya perfect walaupun dia melakukan keburukan n buruk tetap nmpk buruk walaupun melakukan perkara yang baik...haish!!!
so, renung-renungkan dan selamat beramal..
love,
yukiko san
Tuesday, July 24, 2012
mY nEw LiFe
There’s a new story in my life, that is the focus to cover ‘aurat’, alias wear hijab.
Many have asked classic questions like “i can’t believes u wear hijab?”, “Can be anything you wear hijab?”
Errrr…little bit angry to hear that…but one that I hold the key when undergoing this new story,
Which is “learning”, rather than waiting guidance on, why do not we pick that clue up by learning to wear the hijab. After all, if just to talk “is important to hijab the heart, but veiled rather than the behavior is not” it’s sooo easy !
Instead of just talking, hopefully I learn to hijab the heart and my behavior by wearing the hijab. Alhamdulillah i have the full support from my friends and family. Bismillah … before and after this sighting, ping!!!
SeBeLuM - xpyh seyes sgt muka tu |
SeLePaS - bole pun senyum |
# pedulikan lokasi bergambar...walaupun tempat yang sama..hehehe
C.I.N.t.A
Sunday, July 22, 2012
Seandainya engkau tahu...
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan
bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih
dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap
anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu
risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang
diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk
anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia
bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup
dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar
maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di
matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk
menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar
dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa
sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya
sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda
semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk
mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi
anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan
saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air
matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki
itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi
dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula
membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada
kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik
untuk anak2 anda.
Thursday, July 19, 2012
PiNk..pInK...PiNk
hey semua...arini tetiba terlintas kat kepala otak ni nak ckp pasal pink la pulak..sememangnya aku ni penggemar pink..tapi ntah le since bila tetiba terminat colour nie..sebab dulu2 takde la taksub sgt dgn kaler ni..asalnya minat kaler putih..setiap kali beli baju mesti amik kaler putih..hehe..suci le kononnya...
tapi yang bestnya my en.lebah sentiasa bagi support kat aku..brg2 yang dia bagi pun kebanyakannya warna pink..my favourite colour...hehe.tima kasih en.lebah..so skrg dah berangan2 kononnya nanti bila dah ada rumah sendiri nak buat decoration guna colour pink...tapi agak2nya en lebah setuju tak...hehehe
ni la yg aku angan2kan...jgn gelakkan tao..xbaik.babap kang...
rumah impian..chomel sgt |
bEdRooM aku..cantik kan lembut je mata memandang...#ada ke ayat lembut mata memandang...pastu ada karpet berbulu... |
dapur gas rumah aku...ko ader kaler pink cmni...hahaha..mana nak dapat ek |
siap dgn cabinet lg kaler pink...wow!!! meroyan jap |
peti ais pink...cute kan |
sofa pink |
bathroom HARAP2 TERCAPAI LA ANGAN2 AKU NI KAN..DOAKAN YE KWN2... #perlu ke buat kenyataan cmnie..hahahaha love, yukiko san |
Ramadhan Kembali Lagi
Assalamualaikum,
Salam buat semua. Pejam celik, 2hari lagi kita umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah, sekali lagi kita sempat bertemu dengannya. Bayangkan kalau kita tidak sempat menemui kekasih yang satu ni, cuba bayangkan..
Apa pun, semoga Ramadhan atau bulan puasa ini kita sambut dengan sebaiknya. Jangan pula ada yang ambil langkah singkat dengan pelbagai alasan untuk tidak berpuasa.. Sedangkan wanita hamil boleh berpuasa, apatah lagi yang sihat lagi segar bugar.. Dan jangan pula jadikan kerja sebagai alasan, kecuali jika benar-benar ada kemudaratan lain..
Okay, kalau sebut pasal puasa, mana satu yang cukup sinonim dalam fikiran korang? Jom tengok kalau ada yang sama atau hampir sama dengan fikiran masing-masing..
DUIT – Bila puasa, dua perkara je, satu lagi banyak duit habis sebab membeli
belah
makanan di pasar menjual makanan berbuka atau lebih jimat sebab berbuka dengan kadar sederhana. Mana satu kategori korang?
belah
makanan di pasar menjual makanan berbuka atau lebih jimat sebab berbuka dengan kadar sederhana. Mana satu kategori korang?
BAJU RAYA – Orang kita, bila cakap puasa ni, ingat nak raya je.. Tak semua la kan.. Kadang-kadang tu belum puasa lagi dah ada promosi bagai, semua ni sebab nak beraya. Bukan setakat baju raju, silap-silap satu rumah nak beraya, perabot baru, langsir baru, macam-macam baru la..
DUIT RAYA – Ni pun satu sebab lagi, yang dah kerja nak fikir duit raya untuk anak-anak, anak buah dan sebagainya. Silap hari bulan, nak tukar duit raya kat bank pun dah habis.. Tapi kalau niat untuk bersedekah dan tidak menunjuk-nunjuk, tiada masalah. Jangan fikir nak kutip duit raya bagi pihak anak-anak cukuplah..
GASTRIK – Kalau dulu hari-hari biasa, takde pun istilah gastrik walau pun makan tak tentu jadual. Tapi bila time puasa je, ada je masalah menimpa. Jangan jadikan alasan. Ingat ini mungkin puasa terakhir kita…
MENU BERBUKA DAN BERSAHUR – Suri rumah terutamanya paling sibuk akan perkara ini. Kadang-kadang lepas berbuka hari ni, dah tanya suami nak berbuka apa ek esok? Jangan risau, selalunya di bulan puasa inilah kita mampu mendidik perut supaya bersederhana dalam pemakanan.Bukankah itu manfaat buat kita.
Apapun semoga yang baik-baik je berlaku pada kita pada bulan puasa ni..n yang penting puasa penuh..hehehe
love,
yukiko san
love,
yukiko san
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)