Wednesday, October 23, 2013

Tarik Mengkarung

Tarik Mengkarung , Simpul Biawak, Kekejangan or Muscle Cramp...actually tarik mengkarung tu bahasa org utara cm aku nie...cian biawak and mengkarung tu..xbersalah langsung dlm hal ni...hehe  Sape pernah kena? Ini cerita yang terjadi kat aku pagi2 tadi.

Tengah2 sedap tido lebih kurang pukul 5.00 pagi,time tu tengah mimpi apa nth dah tak ingat aku nak luruskan kaki tetiba adehhh kena tarik mengkarung pulak. Ya Allah masa tue rasa sakit sangat sampai nak gerak kaki apa pun tak boleh. Kaki tue kiranya tak boleh ubah dah lah kedudukan dia. 

Nak menangis n jerit je rasanya time tu ke dah meleleh air mata tapi xnak la jerit kang terkejut lak kakak aku n family dier .Nanti dia ingat pontianak mana la jerit tgh2 malam ni.Actually dulu selalu gak jadi benda ni...tapi dah lama tak kena..tetiba malam tadi dia menyerang..mungkin sebab cuaca terlau sejuk..kan hujan lebat malam tadi...Lepas kena tu aku gagahkan diri gak jalan ke toilet..buat apa? xkan nak tdo kot dlm toilet..mestilah membuang bahan perkumuhan...hahaha




nampak tak urat tu bersimpul2 tapi xnampak lak ada biawak or mengkarung kat situ...huhu



Aku cuba search dalam google pasal Tarik Mengkarung nie tapi hehe tue bahasa Kedah kan jadi carian agak terhad lah. Rupa2nya dalam bahasa saintifik dia dipanggil Kekejangan Otot (Muscle Cramps). Patutlah tak der maklumat sangat pasai tarik mengkarung.

Jadi kat sini aku nak kongsi2 sket dengan u olsss semua pasal Kekejangan Otot a.k.a Tarik Mengkarung nie.


KEJANG OTOT
 
Pada amnya, apabila kejang otot berlaku, anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang atau ketika datang haid. 


Penyebab kejang otot
  • Kelesuan otot
  • Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup (bersenam ke)
  • Kehilangan cecair badan yang banyak (ooo yang ni kot)
  • Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit
  • Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit diabetes atau masalah tiroid menyebabkan kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.
  • Mengandung (ish yang ni i tak tersenarai lagi)

Pencegahan kejang otot
  • Lebihkan meminum air dan cecair lain
  • Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.
  • Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.
  • Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutamanya sebelum tidur.


2 comments :

  1. slalu gak kne ni...slalu time tgh tdo...tibe2 rase sakit...tension betul..hehe

    jmput singgah blog sy ea....:)

    http://thestoryofayna.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul..saya pun kena time tdo gak...hehe ok tq sbb follow blog ni...saya dh follow balik... :)

      Delete