Thursday, November 21, 2013

Mysterious Hidden Lake @ Tasik Cermin

Assalammualaikum readers..

Korang pernah dgr tak pasal Hidden Lake atau nama lainnya Tasik Cermin..especially meke nak tanya dgn orang-orang Perak...Kome pernah dengar or pernah sampai tak tempat ni..even aku ni orang perak pun aku tak tau tentang kewujudan tempat yang indah ini..

Kebetulan semalam search tempat-tempat menarik untuk dilawati..tetiba terbaca satu blog ni mengenai Tasik Cermin ni..terus jatuh cinta n rasa nak ke sana..Lokasi yang strategik kerana berhampiran dengan Bandaraya Ipoh dan berhampiran dengan Plaza Tol Simpang Pulai.area Gunung Rapat..ada sesape berani nak follow? Tempat ni terletak di dalam kawasan bukit batu kapur (dikelilingi bukit sepenuhnya)... sungguh cantik. Untuk ke tasik ...perlu melalui terowong buatan sepanjang lebih kurang 50m.

tempat ni agak menyeramkan sikit tapi disebalik gua tu sape yang sangka ada tasik yang sangat cantik..tapi kalau nak pergi tempat ni lebih baik pergi ramai-ramai kan..ada yang kata terowong ni di buat oleh tauke kuari berkenaan..

dari info yang aku dapat tempat tu terletak di belakang kawasan kuari ni
ni la pintu masuk ke tasik cermin tu

sebab tu la tasik ni digelar hidden lake..memang tersembunyi pun
ini terowong yang aku cakapkan tadi..jangan lupa bawa torchlight ok

dah sampai di penghujung terowong

tenang dan damai je kan
teruja tak..teruja tak.. ke aku sorang je yg teruja lebih..

tengok bayang-bayang dalam tasik tu..patut la digelar Tasik Cermin

subhanallah..

tengok diaorang ni siap  naik bot lagi... memantau kawasan


so lepas ni kalau ada sesape yang berminat nak pergi tempat ni jangan lupa ajak aku ok...

love,
Y.U.K.I.K.O san

4 comments :

  1. sy org perak... tp xtau gak tmpt ni.. mmg menarik la... mcm kat gunung lang je gayanyer...

    ReplyDelete
  2. ni bkn kat gunung lang ni kat kawasan kuari

    ReplyDelete
  3. Boleh bagi map tak? Nak try pergi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya tempat tu berdekatan dengan jalan nak ke cameron highlands melalui simpang pulai...

      Delete